Saturday, January 29, 2011

kisah seterusnya....

pada 2/6/2009 sekali lagi aku mngalami pendarahan ....walau pun tidak sampai 2,3 pad,,,tp cukup membimbangkan aku dan suami. usia kandungan ketika ini 20 minggu dan berat badan 87.6kg......
memandangkan kes aku di bawah pengawasan doktor pakar H.S.I...aku terus kesana untuk mendapatkan rawatan......aku ke wad KECEMASAN.....waktu ketika itu menunjukkan lebih kurang pukul 4ptg.......3jam aku menunggu ....pukul 7.30mlm baru lah nama ku di panggil untuk di rujuk ke wad bersalin....ya allah....punya la lama ,tuhan sahaja yang tahu...lagi pun ini sahaja hospital yang terdekat dengan kawasan ku..........
di wad bersalin aku dirawat oleh doktor pelatih.....katanya kedudukan uri ku kebawah...biasa lah kalau ada pendarahan.....kemudian aku di suruh balik dan berehat....kalau boleh jangan buat kerja-kerja rumah.....kata doktor itu lagi....kalau pendarahan melebihi 3pad @ sarung(janin) keluar,baru datang hospital semula...
panas telinga aku mendengar ayat halus yang doktor itu ucapkan....aku pun pulang dengan perasaan hampa...

3/6/2009 kerana sudah tidak tahan dengan layanan dan jawapan doktor hospital kerajaan....aku bagi kata 2 dengan suami.....'kalau sayangkan saya dan bayi ini,bawa saya jumpa doktor pakar hospital swasta'.....bukannya suami tak mampu tapi........kami lebih percaya dan yakin dengan hospital kerajaan sebelum ini....
petang hari tersebut aku ke hospital PENAWAR pasir gudang dan mendapatkan rawatan pakar perbidanan iaitu DR.THOKHA MUHAMMAD....semasa 'urin test'.pendarahan berlaku lagi dan setelah pemeriksaan memasukkan alat 'speculum' doktor mendapati ada ketumbuhan tak normal pada pintu rahim ku yang di namakan 'cervical polyps'.....dan mengesyorkan aku menjalani pembedahan petang itu juga kerana polyps tersebut dah terlalu 'ranum'...merah....tepat jam 5petang aku di masukkan ke dewan bedah ,aku dibius dan 3jam selepas itu aku tersedar dan di benarkan pulang.
pengajarannya....adakala duit memainkan peranan dalam kehidupan dan kesihatan....

No comments:

Post a Comment