Tuesday, August 9, 2011

"SAKARATUL MAUT"


BERKONGSI ILMU .
Adab-adab melawat orang yang sedang nazak:
1)ucap@lafaz perkara yang baik-baik.
2)tabahkan hatinya dan katakan sakit yang dihidapi adalah sebahagian dari dugaan dr allah.
3)jika tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak hospital,adalah lebih elok di bawa pulang kerumah.
4)jila seseorang yang sedang menghadap maut(sakaratul maut) hendaklah suasanadi rumah itu aman(tanpa bunyi bising seperti radio,tv@kanak-kanak bermain.  Sewaktu ini orang yg nazak sedang mengimbas perbuatan serta perlakuannya sewaktu sihat.
5)orang2 perempuan hendaklah memelihara aurat .
6)orang yang sedang nazak sentiasa bisikkan kalimah tauhid 'LA ILA HAILLALLAH'.
  Antara tanda-tanda orang yang sedang nazak(:kebiasaannya)
1)sendi-sendinya merenggang.
2)tapak kakinya lurus,pinggangnya bila di baring jatuh.
3)hidungnya menunduk
4)lehernya menggelegak.
5)mata hitam tidak menunjukkan bayang.
6)sejuknya bermula dari kaki dan naik ke anggota badan yang lain.
7)orang yang sakit tenat,tiba-tiba berita yg ia sihat dan kemudian terdengar berita yang ia meninggal mengejut tanpa sakit.
8)berdengkur macam tercekik.
9)dahi berpeluh.
     PERKARA YANG PATUT DI LAKUKAN PADA ORANG YANG SEDANG NAZAK.
1)hendaklah di hadapkan ke arah KIBLAT.
2)orang yang nazak dalam keadaan yang amat dahaga(hadis qudsi: pintu rezekinya telah tertutup)
3)titiskan air sedikit demi sedikit.
4)sentiasa bisikkan kalimah TAUHID.
5)bacakan surah YAASIIIN dan AR-RA'AD


apa yang tertera ini hanya lah sebahagian adab2 menghadapi saat2 orang yang menghadapi 'sakaratul maut' yg mana sakitnya adalah 300 x ganda daripada sakit biasa,....ini supaya WARIS sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kematian di kalangan ahli keluarga...pernah di minta menguruskan jenazah....bila tiba dirumah berkenaan,keadaan jenazah terkujur tanpa di temani waris terutama anak2.....bila di minta barang keperluan seperti kain batik @ tuala....tak tahu mana arwah(mak) simpan.......sedihnya.....

No comments:

Post a Comment