Wednesday, November 30, 2011
KENANGAN BERSAMA ATOK
gambar ketika zaman kanak2 dihadapan rumah pusaka arwah atok....
assalamualaikum....
pada tarikh 28/11/2011 bersamaan 2 muharram 1433, tepat jam 7.50pagi, atok LAKAL BIN SAIN telah menghembuskan nafas terakhir di hospital MELAKA,sebab2 kematian kegagalan jantung berfungsi.....di usia (pada ic 1924)pada usia 87 tahun.....bukan umur sebenarnya.menurut kata arwah beliau dilahirkan pada 1912,dan usianya lebih kurang 99 tahun....sumber daripada hasil perbualanku dengan arwah semasa beliau sihat.....pada ic tertulis 1924 kerana pendaftaran bagi kad pengenalan di lakukan selepas merdeka 1957 dan ketika itu arwah main tulis sahaja dokumen kelahiran mengikut anggaran ketika itu.
kenangan bersamanya seingat aku sedari kecil hingga nafas terakhirnya ...tidak pernah aku melihat beliau marah walau ketika kecil dulu aku sering ganggu ayam2 peliharaannya, seingat aku arwah cukup gembira kalau kami balik kampung dan tidur dirumahnya....dulu aku tinggal di GUTHRIE ESTET...balik kampung selalu tumpang lori getah.arwah dah siap tunggu di tepi jalan depan rumahnya sambil menyambut kami...begitulah sebaliknya kalau kami nak pulang, arwah lah yg naikkan kami serta buah tangan(kadang2 seguni) dalam lori.....indahnya saat itu.
kami adalah cucu terawal daripada anak sulungnya,iaitu ayah kami, jadi kami amat manja dan mesra dengannya...memori yang tak dapat aku lupai, setiap jumaat ada pasar malam yang kami sebut "pasar gesel".....arwah sering memboncengkan kami menaiki basikal tuanya.....kalau lintas di jirat cina berhampiran rumahnya,kebetulan ada kubur lama yg merekah akibat hakisan....aku tutup mata seram!!!!biasalah kanak2 ketika itu.
dulu2 "jamban" jauh, jadi kalau kami nak buang 'hajat', bawah pokok cempedak didepan rumah lah arwah buatkan lubang....oooopppppsssss!!!!
kalau raya arwah juga yg sibuk sembelih ayam,cabut bulu ayam serta memanggangnya....aku dan adik2 sama2 tolong sibuk....kami bakar lemang,aarrggghhh!!!!terlalu banyak memori indah bersamanya yg mana aku sendiri tertanya2 dan tercari2 bahawa sepanjang hidup ku , aku tidak pernah melihat beliau marah,tak pernah!
ya allah ya tuhan ku,kau tempatkanlah datok ku di kalangan orang-orang yg beriman ......kau permudahkan lah hitungannya,kau ringankanlah bebanannya.....
moga allah cucuri rahmat keatasnya....AL-FATIHAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment