Tuesday, February 1, 2011
BERHARI RAYA DI HOSPITAL MELAKA......
bermula la episod aku berhari raya di HOSPITAL MELAKA pula.......
19/9/2009 ......malam ni aku di tahan wad lagi.....sayu mendengar takbir raya.....wad yang aku
duduk berdekatan dengan masjid AL-AZIM......
tinggal di hospital melaka diabetes ku makin tak terkawal....manakan tidak saudara-mara yang datang bawa juadah raye......lagi-lagi masakan ibu ku
pagi raya .....'jalan' da bukak 3cm,,,cepat2 inform suami supaya bawa keperluan bayi yg ada dalam kereta....takut x sempat ...
datang la sang suami ni bergegas ke hospital lengkap dengan berbaju melayu dan bersampin.....nasib la dekat dengan masjid...dapat la dia bersolat aidilfitri....
raya pertama...datang la anak2,adik2,kakak,ibu dan saudara mara melawat aku di hospital.
da 3 hari 'jalan' tetap 3cm....pelik juga,da x sakit lagi...tapi adalah sikit2 darah dan lendir keluar.....doktor asyik pantau B.S.P aje......aku jadi senior kat dlm wad....orang lain....da bersalin,jadi penunggu kat wad...minta balik doktor x benarkan....katanya masih ada 'contraction' 2:10 bahaya jika balik,katanya.....
sementara itu jururawat -jururawat da jadi kawan kt situ....da kenal sangat mereka dengan ku....
24/9/2009....aku jadi bahan 'subjek'pada student tahun 4 MANIPAL UNIVERSITY yang sedang menjalani 'practical'....student tersebut sorang cina dan sorang india seronok kerana aku sentiasa memberikan kerjasama yang baik.....lagi-lagi aku mahir menerangkan mengenai diabetes &jadual insulin ku....seharian aku di beri layanan VIP....dan dengan kerjasama tersebut aku di beri wang rm70....
puas aku merayu pada doktor untuk balik ,lagi pun cuti raya da nak berakhir....doktor tetap tak benarkan.....aku terpaksa guna alasan tak sakit lagi.....
yang paling membimbangkan doktor adalah GBS+ kerana sebelum bayi lahir.....si ibu perlu di beri suntikan antibiotik...sekiranya tidak bayi berisiko mengalami radang paru-paru @ masaalah jantung .....
26/9/2009 akhirnya aku di benarkan pulang ....hari itu juga aku balik johor baharu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment