hari-hari seterusnya rutin harian ku,jaga pemakanan supaya B.S.P maintain.di bawah 5.9 sebelum dan 7.9 selepas makan......SEKSA .....
berbagai alternatif ku lakukan termasuk la menukar cara pemakanan,tukar beras herba ponni, makan roti wholemeal,wheatmeal.....macam-macam la.
follow-up hospital dan klinik makin kerap....seminggu sekali pula....dan yang paling mencabar ...berat badan makin naik,naik dan terus naik.....
usia kandungan 31 minggu ,berat badan 92.4kg,sekali lagi aku di scan....kali ini doktor mengatakan kedudukan bayi 'BREECH'(menyongsang)...mmmmm
pada 9/9/2009 appoiment di H.S.A,di klinik pakar...doktor sertakan surat 'addmin' (kemasukan ke wad) pada 1/10/2009 nanti.....
pada ketika ini umat islam sedang berpuasa.....aku juga tidak ketinggalan menunaikan rukun islam yang 3....sekali-sekali gastrik mengganggu...tapi tahan sahaja....
pada sabtu 19/9/2009 ramai orang sudah mula balik ke kampung untuk menyambut hari raya...termasuk lah kami sekeluarga....bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya kami bertolak ke kampung selepas berbuka puasa...
kami bertolak menuju ke JASIN,MELAKA......dari pagi perut ku sakit tetapi ku tahan saje....setiba di kampung....makin sakit dan makin sakit....aku cuba menahan dan cuba untuk tidor tetapi makin sakit....akhirnya aku di hantar ke hospital JASIN.....sekali lagi ke wad kecemasan....aku dirujuk ke wad dan di beri suntikan penahan sakit....awal-awal lagi bahawa memandangkan aku mempunyai banyak kes...pihak hospital maklomkan padaku,supaya aku dirujuk ke hospital MELAKA.....sementara menunggu pagi,aku di layan dengan baik dan di letakkan di wad yang sungguh bersih....
pukul 11pagi aku dibenarkan pulang ,dirumah ibu, aku baring dan berehat...tapi perut masih lagi sakit....adik beradik dan anak-anak buah ku masing-masing sibuk membuat persediaan untuk pagi raya esoknya 20/9/2009....kerana sakit yang terlampau ,aku sekali lagi meminta pada suami supaya menghantar aku ke hospital MELAKA....
kali ini sakit ku semakin kerap....sakitnya sama macam sakit gastrik....
di hospital melaka aku di scan dan menurut doktor ,ini adalah 'PREM CONTRACTION' dan kekerapannya 2:10
No comments:
Post a Comment