GAMBAR SEKADAR HIASAN
kejap aje rasanya 4 hari berpuasa......makin berusia makin cepat rasa masa berlalu,harap2 amalan pun makin berkualiti.....
nak cerita tntang ilmu dan amalan yg tidak selari......ilmu serta penguasaan sesuatu ilmu itu adalah suatu anugerah allah subhanahua taala...apa yg penting hati makin berisi makin tunduk
apa yg ada di sekeliling ku.....ada macam2 ragam manusia....ada ilmu tp x amalkn sebaiknya,ada pula tu x bole di tegur....rasa diri betul 100% pun ada....ya allah! jauhkn diri ini dari sifat riak..ujub..takbur.
ada hamba allah ni yang nak ku ceritakan ini berilmu dan tau hukum hakam tp rasa diri hebat hingga ditegur tak bole terima.....hingga orang lari cari jalan lain tuk tidak duduk sama dalam majlis tadarus. Tahun lepas ada 2,3 orang suruh aku menegur tentang bacaannya...apa yang dikatakan itu memang betul....ketika bertadarus tingkatan bacaan secara al-hadar.....makhraj serta ketepatan sebutan huruf serta baris jadi celaru sedangkan itu adalah kesalahan besar yang tidak sepatutnya seorang yang mempunyai ilmu mengenai TAJWID lakukan dgn sengaja.....dah beberapa kali di tegur.....bukan nak memperbaiki tapi makin bertambah teruk....berserah sahaja pada allah untuk memaafkan aku serta rakan ku itu....sudahnya tahun ini ramai yang lari dan tubuh kumpulan sendiri.....
iktibar yang perlu kita ambil dari kisah ini
1)bertadarus biar baca dgn tenang serta memelihara bacaan dgn baik
2)sentiasa menerima teguran demi persembahan kita pada ALLAH dan bukannya pada manusia.
3)lihat kepentingan yang mana wajib....membaca serta bertajwid hukumnya adalah FARDHU AIN, mempelajari nya adalah FARDHU KIFAYAH
4)baca al-quran hendak lah tenang dgn menyebut hak2 huruf tersebut,bukannya laju serta gopoh kerana nak mngejar masa
ambillah iktibar dari kisah ini,akibat sikap EGO kerana sukar menerima teguran orang,akhirnya sendiri yang malu serta kerugian.
apa2 pun kami berserah pada allah moga diampun kan dosa ku serta rakan2.....WALLAHHUA'LAM
No comments:
Post a Comment