Thursday, November 3, 2011
aidil adha
aidil fitri berlalu sudah....aidil adha pula menjelma...rasa cepatnya masa berlalu,
rasa baru lagi jemaah haji pergi ....da nak wukuf dah....rukun haji yang ke 2...
bila sebut raya haji....sudah tentu terfikir tentang KORBAN.....
tertanya-tanya??? berapa ekor lembu yang di korbankan tahun ini???
tetapi pernah kah kita terfikir apa itu ibadah korban....pengisian yg kita dapat dengan melakukan ibadah korban....
Islam telah menetapkan dua sambutan agama bagi umatnya iaitu; Hari Raya Puasa (Eid Al-Fitri) dan Hari Raya Haji (Eid Al-Adha). Sambutan Hari Raya Haji adalah sempena peristiwa yang berlaku antara Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. mengenai ujian yang diturunkan Allah s.w.t kepada mereka.
“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia taat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.” (Qur'an 16:120-121)
Korban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan 3 hari selepasnya. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi daging kepada orang miskin dan ahli keluarga serta sahabat handai. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Tiada seorang dari kamu harus melakukan korban sehinggalah kamu telah melakukan solat (Eid)”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment