Sunday, January 30, 2011
EPISOD MENYUNTIK DIRI SENDIRI
sakit yang ku alami adalah sama macam gastrik,,,,ini kerana sudah lebih 20 tahun aku menanggungnya sejak dari zaman sekolah lagi.....tetapi mereka menspesifikasikannya sama dengan 'contraction' 1:10....tepat jam 7.30pagi aku telah di hantar ke H.S.A dengan menaiki ambulan.....ini pengalaman pertama aku menaiki ambulan....
sepanjang perjalanan tersebut macam nak terberanak aku di buatnya ,manakan tidak.....bergegar,bergoyang aku di buatnya sehingga aku berpaut 2belah tangan ku pada besi dalam ambulan tersebut...
setiba di wad kecemasan H.S.A aku terus di tolak ke 'LABOUR ROOM' dan di situ sekali lagi data-data ku di ambil.....menurut doktor yang bertugas kandungan ku sihat cuma berisiko kerana terlalu banyak komplikasi....
aku di nasihatkan supaya menjalani rawatan lanjut dihospital...
aku di tempatkan di wad kelas 3 kerana ketika itu kelas1 & 2 penuh.....sekali lagi aku menjalani hari-hari yang amat indah dalam kehidupan.....di wad tersebut terdapat lebih kurang 100 katil dan kami berkongsi 8 bilik air
sesak memang sesak tapi tiada pilihan lain dan H.S.A adalah antara hospital yang menerima /menyambut kelahiran paling tinggi di malaysia.
selama seminggu aku di tahan wad dan di wad tersebut juga la macam-macam perkara yang berlaku sehingga ke hari ini aku rasakan ianya amat manis bila di kenang.
di situ lah aku belajar menyuntik diri sendiri kerana aku telah disahkan menghidap 'DIABETES'@ kencing manis kerana 2 rekod kelahiran anak ku sebelum ini berat nya melebihi 4kg....
mula la makanan ku di kawal ,sebelum sarapan ,selepas 1jam sarapan,sebelum makan tengahari,selepas 1jam makan tengahari.sebelum minum petang,sebelum makan malam dan selepas makan malam bacaan gula dalam darah @'bsp' ku perlu direkodkan....
pada mulanya suntikan insulin dilakukan sekali sehari iaitu sebelum tidur tp bacaan gula masih tinggi dan di bimbangi risiko bayi cacat,besar atau bakal menghidap kencing manis...
maka akhirnya aku di arah menyuntik 'humulin R' 6" setiap kali sebelum makan dan 'humulin N' 6" sebelum tidor......bermula lah episod baru....menyuntik diri sendiri....
aku di beri 'humapen'(alat suntikan khas)cuma jarumnya aku perlu beli sendiri...
pada 12/7/2009 aku di benarkan pulang dan aku telah di rekodkan :
1)diabetes
2)gastritis
3)gbs positiv(boleh menyebabkan bayi yg di lahirkan menghadapi masaalah paru-paru dll)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment